Kebakaran Kapal Di Labuan

Assalamualaikum
Hellow Melloe !

Huhuhuhu


 Kebakaran dilaporkan berlaku di atas kapal tangki bahan kimia dan minyak sawit milik MISC Berhad `Bunga Alpinia' di Labuan, Sabah awal pagi tadi.

Dalam satu kenyataan, MISC berkata kapal 38,000 DWT IMO II itu mempunyai 29 anak kapal yang terdiri daripada 23 rakyat Malaysia dan enam Filipina.

"Pada masa ini, 24 (anak kapal) selamat dibawa ke pantai," katanya. 
Kapal terbabit berada bersebelahan terminal Petronas Methanol Sdn Bhd apabila kejadian itu berlaku kira-kira jam 2.30 pagi.

"Tiada butiran lanjut mengenai kejadian diperoleh setakat ini," kata kenyataan itu.

MISC berkata, semua pihak berkuasa sudah diberitahu mengenai kejadian itu dan pihaknya sedang bekerjasama untuk memberi bantuan yang sewajarnya. - BERNAMA





Men tekezut sy  taim malam malam buta tuh ._.
Truss pindah ke bilik umi abi
:O
Teruk owh ..

Kalaw tu meletup tangki minyak meletup comform hancur ni Labuan ,
:'(


Tula ..Taw sda petir jan la ! Adidididi 

Nikmati gambar dibawah ... >:D







Aaaa ! yg nih klw terkena dekat tangko minyak tuh .. Meletup gia ni satu labuan :)
eyh ,, salah muka . hahaha :(



wOw ! lawakant ni gmbr .. terang owh >:D





Ni gambar kapal tu sebelum terbakar


Okeii ... Assalamualaikum
BuByee !!


Updated !!!

27/7/12 @theborneopost @LABUANtwt #labuan Dua mayat ditemui oleh pasukan maritim, bomba dan penyelamat kelmarin di sekitar lokasi kejadian kapal MISC Bunga Alpina yang meletup Khamis lalu di jeti Petronas Methanol Labuan (PML).
Ketua Polis Labuan, Saiman Kasran kelmarin berkata kedua mayat itu ditemui terapung di laut dan kemudiannya dihantar ke Hospital Labuan untuk bedah siasat.
“Mayat pertama ditemui pada jam 12.40 tengahari, manakala mayat yang kedua ditemui 17 minit kemudiannya. Kedua-dua mayat ditemui di kira-kira 30 meter dari jeti PML.
“Sementara itu, operasi mencari dua lagi mangsa yang hilang masih diteruskan oleh pihak Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia dan Jabatan Bomba dan Penyelamat,” katanya kepada Utusan Borneo.
“Kedua-dua mayat berkenaan telah mengalami kebakaran yang serius namun telah dikenalpasti sebagai Hanafi Khalil, 24 dan Zahari Hassim, 46.
Ketika ditemui di hospital, salah seorang ayah kepada mangsa yang hilang, Khalil Abdullah yang berasal dari Melaka berkata anaknya iaitu Hanafi Khalil, 24, sudah bekerja dengan syarikat perkapalan itu sejak tiga tahun lalu.
“Anak saya dikenalpasti salah seorang dari mangsa yang hilang, tetapi saya masih lagi menunggu keputusan dari pihak hospital untuk mengenalpasti identiti anak saya itu,” katanya ketika menunggu keputusan bedah siasat di hospital.
Apabila dihubungi, pihak Petronas berkata kesemua anak kapal yang terselamat kini diletakkan di satu tempat khas, di mana mereka belum bersedia untuk bercakap dengan sesiapa termasuk pihak media.
Menurut sumber, Ahli Parlimen Labuan, Datuk Yussof Mahal telah melawat kesemua anak kapal yang terselamat pada pagi kelmarin.
Anak-anak kapal terbabit dikatakan masih lagi dalam keadaan trauma akibat letupan yang menggegarkan sekitar bandar Labuan kerana lokasi kejadian terletak berhampiran dengan kawasan bandar.
Sebahagian dari dinding kaca dan siling bangunan di PML juga dilaporkan pecah akibat dari gegaran yang berpunca dari letupan kapal berkenaan.

Sumber & Gambar:
theborneopost, Adrian Nandu



No comments: